Set Newborn Tasneem Naturel

by - 08:30

Kehadiran cahayamata dalam hidup pasangan suami isteri adalah anugerah terindah kurniaan dari Ilahi. Cahayamata adalah zuriat dan penyeri rumahtangga. Justeru itu, kita pasti ingin berikan yang terbaik dan semampu yang boleh untuk menyambut kehadiran cahayamata. 


Bagi pasangan yang pertama kali akan menimang cahayamata, pasti rasa sangat teruja dan berdebar-debar kan? Ye lah, daripada hidup berdua, akan datang akan ada baby. Bagi yang dah ada pengalaman jaga baby atau dah biasa pegang baby, kira ok la kan. Tapi, bagi yang tak pernah pegang baby, mesti rasa eh... ye ke nanti aku nak ada baby sendiri, nak kena uruskan sendiri. Haa, kena ada persediaan yer. Bila saja dah lafaz ''aku terima nikahnya...'', maka anda kena bersedia untuk pegang dan timang-timang baby.


Okey. Dalam entry kali ni, Jannah nak share dengan bakal ibu ayah sekalian, khususnya yang pertama kali nak timang cahayamata, iaitu tentang persediaan barang-barang keperluan untuk menyambut kelahiran bayi korang. 


Secara ringkasnya, ia bergantung kepada bajet masing-masing. Kita tak perlu fikir pasal brand apa & berapa banyak nak kena sediakan. Yang penting, keperluan asas ni kita kena ambil tahu dulu, buat list dan sediakan bajet. Sebab itulah dari awal kita dah tau isteri mengandung, dah boleh mula fikirkan tentang keperluan untuk bayi. 


Perancangan dan pengurusan kewangan tu penting. Jadi, bolehlah kita beli barang keperluan bayi mengikut kemampuan kita. Orang kata, kasut masing-masing. Jangan sampai kena berhutang pulak untuk keperluan bayi, cuba elakkan yer. Jangan jadikan amalan biar papa asal bergaya. No No No! Haaa, kan dah membebel pulak hihi. 


Ini dia antara keperluan bayi yang perlu disediakan. Jannah sertakan gambar yer, sebab alahh comelnya tengok barang-barang baby ni. Geram tengok!









Bila usia kandungan dah masuk 7 bulan ke atas, sebaik-baiknya semua keperluan telah disediakan. Ini bagi memudahkan urusan, manalah tau jika baby lahir awal sebelum EDD. Jadi, tidaklah kita suami isteri kelam-kabut jadinya. 



Dah siap cuci semua pakaian dan barangan yang perlu dicuci, bolehlah letak di satu tempat khusus yang mudah untuk kita atau suami capai ambil bila tiba saat untuk kita ke hospital. Nak berjalan ke mana-mana pun, bila dah masuk usia kandungan 7 bulan ke atas, seeloknya juga di bawa bersama-sama. Lagi bagus masukkan siap-siap dalam beg! Bila nak gi memana atau hospital, angkut saja bawak masuk kereta. Haa gitu. 


Kad Temujanji (atau buku merah), pun kena sentiasa ada dengan kita. In case terjadi hal kecemasan apa-apa pada isteri, kita mudah untuk terus ke klinik atau hospital berhampiran. Jangan ambil remeh perkara sebegini. Mungkin yang belum ada pengalaman, mereka tak tau, jadi semoga apa yang Jannah share ni dapat membantu korang. 




Jangan lupa, sediakan juga Set Newborn Tasneem Naturel! 



Set Newborn Tasneem Naturel adalah sangat diperlukan bagi kegunaan bayi sejak dari lahir lagi. Ia selamat digunakan. Setiap balm Tasneem Naturel dalam set Newborn mempunyai fungsi-fungsi yang dapat membantu ibu bapa dalam menguruskan bayi. 


Set Newborn Tasneem terdiri daripada:
  • T-Rub
  • CF-Rub
  • Calm Time
  • Stommy Oil




Jika ingin mencuba Set Newborn Budget pun boleh juga. Mungkin kerana faktor kekangan kewangan, atau nak cuba dulu, anda boleh cuba Set Newborn Budget. Nanti, bila perlu bila-bila masa boleh contact Jannah untuk beli balm T-Rub dan Stommy Oil sebagai tambahan. Boleh ajer! 



InsyaAllah, dengan penggunaan yang betul dan pastinya dengan izin Allah, Set Newborn Tasneem Naturel akan membantu ibu bapa dalam menguruskan bayi. Set ni boleh juga digunakan untuk anak-anak yang lain. Berbaloi-baloi beli Set Newborn Tasneem. 


Jadi, bolehlah dapatkan Set Newborn Tasneem, samada full set atau budget set. Boleh hubungi Jannah, hanya klik DI BAWAH untuk terus Whatsapp dengan Jannah. 

Jannah Bahari

You May Also Like

0 comments