Bantu Anak Tidur Lena dengan Sleepy Pillow Mist Tasneem Naturel
Bila dah jadi ibu, antara perkara yang membahagiakan ialah bila anak mudah tidur, tidur lena, tidur dengan masa yang mencukupi dan tidur pada masa yang sepatutnya mereka tidur.
Pernah tak dengar mak-mak atau orang tua cakap jangan bagi anak tidur time nak maghrib, nanti anak bangun tidur meragam nanti. Nampak tak, waktu tidur pun memainkan peranan penting bagi anak-anak. Macam kita jugaklah kan, kalau tidur lepas subuh atau lepas asar, badan rasa lesu dan mood pun swing jer rasanya. Itulah dia, bukan anak-anak jer tantrum, kang mak pun sama naik tantrum, naya!
Memang mengundang stress tau kalau anak bermasalah dalam hal tidur ni. Sebabnya bila dorang tak dapat tidur yang mencukupi dan berkualiti, selalunya mereka akan mudah meragam, tantrum tak tentu hala, kesihatan pun boleh terjejas dan berat badan pun susah nak capai berat badan yang ideal dengan umur mereka.
Tidur penting yer, bukan saja pada mak (hihi), malah pada anak-anak, tak kiralah dari peringkat bayi sampailah kanak-kanak. Sebab itulah, power nap pun penting dalam rutin harian kita sebagai manusia. Dalam Islam pun disarankan untuk qailullah sekurang-kurangnya 10 - 15 minit sebelum waktu Zuhur untuk berikan rehat pada fizikal dan mental kita bagi meneruskan aktviti seterusnya sehinggalah waktu malam untuk kita tidur.
Jannah sendiri pun pernah lalui pengalaman anak yang bermasalah tentang tidur. Memang dugaan sungguh la! Kini, Jannah bersyukur sangat sebab Tasneem Naturel keluarkan produk khusus untuk bantu ibu-ibu tangani masalah anak susah untuk tidur, iaitu Sleepy Pillow Mist, Tasneem Naturel.
Apa dia Sleepy Pillow Mist Tasneem Naturel?
Okey, Jannah terangkan secara ringkas yer untuk pengetahuan kita bersama.
Sleepy Pillow Mist keluaran Tasneem Naturel ialah produk berasaskan essential oil (lavender) yang diadun dengan bahan natural lain yang selamat digunakan dari kalangan bayi sehinggalah kanak-kanak bagi membantu mengatasi masalah berkaitan tidur seperti susah nak tidur, tidur tak lena, tidur terlalu sekejap ehh dah bangun dan tidur tak berkualiti (disebabkan oleh tidur terlalu sekejap atau tak lena).
Bagaimana Sleepy Pillow Mist membantu mengatasi masalah tidur?
Caranya ialah ia membantu memberikan rasa tenang, membantu mengimbangkan emosi dan memberikan rasa 'rileks' pada saraf dan sekaligus membantu memudahkan untuk tidur, dan tidur lena (deep sleep).
Khasiat dan manfaat yang terhasil daripada lavender essential oil yang sememangnya terbukti berkesan dalam membantu memberi ketenangan dan dan tidur yang lena telah dimanfaatkan di dalam Sleepy Pillow Mist keluaran Tasneem Naturel. Lavender essential oil juga membantu memperlahankan aktiviti sistem saraf yang memberikan rasa rileks dapat membanti bayi dan kanak-kanak berehat dengan tenang semasa mereka tidur. Bila dah bangun, mereka akan rasa segar dan ceria untuk kembali beraksi hehe.
Selain lavender essential oil, Sleepy Pillow Mist juga mengandungi Tea Tree essential oil yang sangat berkesan sebagai antiseptic semulajadi dan anti-bacteria. Ia membantu anak-anak melawan jangkita virus dan bakteria. Oleh itu, risiko untuk mereka diserang demam, batuk dan selsema dapat dikurangkan.
Air adalah antara bahan utama yang digunakan dalam Sleepy Pillow Mist yang akan memberikan rasa selesa dan selamat untuk kulit dan badan bayi dan kanak-kanak. Walaupun ia tidak disembur (spray) secara terus pada kulit, namun kami sangat mementingkan keselamatan dan kualiti produk. Jadi, ibu bapa tak perlu risau ya untuk gunakan Sleepy Pillow Mist kerana ia sememangnya selamat digunakan. Ikut saja aturan penggunaan yang disarankan.
Bagaimana cara penggunaan Sleepy Pillow Mist?
Caranya mudah saja.
Hanya spray pada tempat atau barang tertentu sahaja yang akan digunakan oleh bayi atau kanak-kanak yang hendak tidur seperti bantal, tilam, selimut, toys, bantal peluk, bantal busuk (ehh), stroller dan tilam. Yang penting, ia adalah benda atau tempat yang bayi atau anak akan berada untuk tidur.
Jangan spray terus pada badan atau kulit anak yer.
Mudah saja cara penggunaan Sleepy Pillow Mist ni. Ia juga mudah di bawa ke mana saja. Jadi, takder masalah lagi untuk kita travel bersama bayi dan anak-anak tanpa mengganggu tidur mereka dan membantu mereka mendapatkan tidur yang berkualiti.
Itu saja untuk harini, jika ada apa-apa nak tanya korang boleh terus Whatsapp Jannah. InsyaAllah, Jannah akan bantu dan bagi penerangan tentang Sleepy Pillow Mist dan juga produk Tasneem Naturel yang lain. Blog ni pun Jannah baru nak aktif semula, nanti untuk perkembangan terkini, boleh ke FB Jannah, ni Jannah list kan kan bawah, korang boleh terus jer klik link yang Jannah berikan. Terima kasih dan sampai jumpa lagi!
0 comments