Nukilan dari Pengurus Jenazah
(Nukilan dari seorang pengurus jenazah)
Dah bertahun2 isteri saya mengurus & memandi jenazah perempuan. Secara purata 8 jenazah di urus mandi pada setiap bulan.
Soalan yang kerap saya tanya kepada isteri saya ialah :
1. Muda @ tua
2. Di mana (taman @ kampung)
3. Sakit apa
4. Mati bila
5. Mati di mana
6. Anak berapa org
6. Agak2 berapa umur anak yang sulong
Semua ini menjadi penanda aras / bancian kepada saya apa punca mati, bagaimana si mati di urus jaga sebelum - selepas mati & sikap waris kepada si mati.
Berdasarkan umur & bilangan iaitu 8 orang yang mati dalam seminggu :
1. Bawah 55 an hampir 70 % mati kerana barah.
2. Atas 56 an hampir 30 % mati kerana kencing manis, buah pinggang, jantung, tua dll.
90 % keadaan jenazah yang mati di KAMPUNG terurus bersih kerana ada orang2 tua tempatan yang selalu tunggu berada di sisi si sakit hingga di saat mati, ada pengetahuan apa perlu dibuat ke atas jenazah sebaik sahaja mati & kebetulan ada talian saudara.
60% keadaan jenazah yang mati warga taman di TAMAN PERUMAHAN terbiar keseorangan, semua sendi tulang 4 kerat keras menyebabkan sukar semasa mandi, kurang terurus bersih kerana tiada org2 tua sebaliknya majoriti warga taman generasi muda yang siang malam kerja, tidak ingat mati, renggang jiran, renggang surau / masjid, tidak pernah hadapi suasana kematian, tidak tahu nak buat apa ke atas jenazah sebaik berlaku kematian & langsung tiada keperluan barangan asas untuk jenazah. Walaupun disuruh & diminta, anak2 takut nak urus mandi jenazah ibu bapa sendiri.
Sekarang ini telah ada waris "TIDAK SUKA" bawa balik, urus, mandi & kapan jenazah di rumah. Mereka lebih suka segalanya dibuat di masjid @ sekiranya mati di hospital mereka lebih suka segalanya dibuat di hospital.
Lebih tragis ada waris melepas cakap "tidak mahu menyusah" rumah. Jadi mereka mahu semua urusan di hospital @ masjid / surau & terus ke kubur.
Bagi jenazah yang sakit lama sebelum mati, jenazah ini lebih tidak terurus, berbau menyesak hidung, kulit mengelupas & banyak luka.
Kesimpulannya :
- Keadaan jenazah memberi gambaran siapa warisnya.
- Ingat kembali bagaimana kita jaga urus ibubapa kita semasa mereka sakit & bagaimana kita urus jenazah mereka sebaik saja mereka mati.
- Lebih tragis bagaimana anak2 kita nanti akan jaga urus semasa kita sakit & selepas kita digelar jenazah.
- Bacaan quran, solat, doa & semuanya boleh di upah kerana anak2 kita BERJAYA KAYA tapi HANYA DOA DARI ANAK YANG SOLEH diterima di sisi Allah swt wlaupun anak kita hanya seorang tukang sapu.
Copy paste daripada Ust Misnan.
p/s ..paling penting share seramai mungkin
0 comments