KONSEP REZEKI

by - 10:07

Antara Konsep Rezeki yang Jannah nak share dengan korang semua... :-

Konsep Rezeki Pertama

Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.

Konsep Rezeki Kedua

Rezeki yang kita usahakan, tapi bukan untuk kita. Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone rosak... Contoh lain, bersedekah, beri bahagian rezeki kita untuk orang lain.

Banyak orang taka nampak rezeki yang ni... Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita merungut dan menyalahkan takdir, kan ?

Sebenarnya, tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak tapi kita mesti diuji terlebih dahulu...

Konsep Rezeki Ketiga

Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun tapi kita dapat, punyala sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni kita selalu tak nampak.

Contohnya, kemudahan Menuntut ilmu, seronok beribadah. Dengan kemudahan tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang dari mana. Kita tak usaha tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita... Seronok kan?

Konsep Rezeki Keempat

Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.

Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?
Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.

Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi!

Peluang pun satu Rezeki... Kenapa kita nak tolong Rezeki...

Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?

In Sha Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.

Terima Kasih pada yang sudi singgah blog Jannah... Sayang korang..

Love,
Jannah

You May Also Like

0 comments