5 TIPS BERHENTI KERJA DARI NANA MAHAZAN

by - 19:21

Nana Mahazan sebelum ni pernah bekerja di Stesen Radio Era dan Stesen Radio X-FM sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja untuk menjaga anak-anaknya dan sekarang membuat kerja-kerja freelance.. 

Nana berniat untuk berhenti kerja adalah kerana ingin menjaga sendiri anak-anaknya. bukan mudah untuk bekerja dan menjaga anak, kadang kala rasa ingin melihat anak membesar depan mata.

1. Kuatkan hati, inigin lihat anak membesar depan mata

Selepas 5 bulan melahirkan anak pertama, nana merasakan die ingin menjadi orang pertama melihat anak bangun pagi, melihat apa yang anak makan dam melihat anak berjalan setiap hari. Apabila bekerja agak sukar untuk melakukan semua itu.

2. Percaya rezeki anak pasti ada

Memang tidak dinafikan, ramai wanita bekerja sukar untuk berhenti kerja kerana ingin membantu meringankan beban suami.
Menurut Nana, walaupun beliau berhenti kerja,tidak bermakna beliau tidak mampu meringankan beban suami. Tetapi, Nana tetap buat side income.

Kita perlu percaya pada rezeki Allah. Rezeki Allah ada dimana-mana dan orang sering kata, rezeki anak pasti ada.
Kalau niat baik, niat untuk jaga anak dan jaga family pasti Allah permudahkan.

3. Biasakan diri untuk berbelanja kecil

Apabila ingin berhenti kerja, pasti income yang menjadi perkara yang ditakutkan. Apa tidaknya, dulu dapat income secara tetap tetapi selepas berhenti kerja, mungkin sudah tiada pendapatan selain dari nafkah suami.

Apa yang perlu dijangkakan, apabila berhenti kerja ada masa tiada setiap bulan. tapi untuk mereka yang pandai buat kerja sambilan,pasti dapat side income walaupun tidak mencapai tahap seperti pendapatan tetap sebelum ni.

4. Kuatkan mental

Menjadi seorang surirumah bukanlah bergantung pada fizikal semata-mata. Ia lebih kepada cabaran mental sebenarnya. Adaorang yang tidak suka duduk di rumah sahaja kerana sudah terbiasa pergi bekerja. tidak boleh kalau tidak keluar rumah, dan apabila duduk dirumah akan rasa tertekan. Macam Nana sendiri, mula-mula rasa begitu juga. Lama-lama, pujuk diri sendiri agar Nana boleh duduk rumag.

Dan kalau anda sudah buat keputusan untuk jaga anak, MENTAL KENA KUAT.

5. Pastikan buat kerja non-stop untuk elak kebosanan

Apabila membuat keputusan untuk berhenti kerja, anda sebenarnya memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Kalau di pejabat dahulu, kita sanggup berhempas pulas buat kerja sungguh-sungguh. begitu juga di rumah, kita juga mesti buat kerja sungguh-sungguh. Bukan untuk orang lain, untuk keluarga kita juga.

Apabila berada di rumah,. pasti akan ada kerja dan ada kala memang kerja non-stop.. Bila kita kerja non-stop, kita tidak akan fikir bukan-bukan. Anak-anak pasti akan menjadi penyeri bila kita kepenatan.

Jadi ibu-ibu yang terfikir untuk berhenti kerja, kena kuatkan mental untuk jaga anak dan juga buat kerja rumah.

Perkongsian dari Nana Mahazan
Instagram Nana Mahazan




You May Also Like

0 comments