CARA KEJUT ANAK TIDUR & DOA
Susah ke nak kejut anak bangun pagi?? Anak sekolah pagi kena kejut bangun nak ke sekolah... Liat nak bangun solat subuh ke... Kita cuba cara macam ni ye..
- Beri salam kepada anak yang tengah tidur
- Sentuh hujung jari kaki mereka dan goyangkan perlahan-perlahan
- Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kaki mereka
- Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya
- Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak
- Kejutkannya sambil memuji mereka contoh: Bangun sayang, anak ibu yang baik, anak ibu yang soleh, anak ibu yang rajin
- Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut suruh mandi, solat subuh dan segera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai
- In sha Allah anak kita akan bangun dan dengar kata.. Kita sentiase berdoa yang terbaik untuk anak kita..
#peringatanbersama #amalanbersama
#anakkusayang #doa #anaksoleh
Doa-Doa dari ayat AL-Quran yang boleh diamalkan untuk anak-anak
Doa-Doa dari ayat AL-Quran yang boleh diamalkan untuk anak-anak
** Bagi anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10x dan diikuti doa
** Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102
** Bagi anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah An-Anbiya' Ayat 69, surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24
** Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1-5
** Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah ar-rum ayat 31 sebanyak 33x
Love,
Jannah
0 comments