KADAR TARIF ELEKTRIK TURUN
Kadar Tarif Elektrik turun mulai 1 Mac 2015. Kadar tariff
turun mesti ramai yang gembira, kadar turun sebab harga bahan api dunia jatuh
dan TNB ambil peluang menurunkan kadar tariff.
Alhamdulilah dengan penurunan ni dapatlah kita kurangkan kos
perbelanjaan, jadi jimat la sikitkan.. Kita pun kena tahu cara menjimatkan
tenaga elektrik.
Dengan penurunan tarif elektrik pada kadar Pelepasan Kos
Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen/kWj bagi pengguna di Semenanjung
Malaysia, berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015. Selain itu, purata kadar tarif elektrik di
Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20 sen/kWj, berkuat
kuasa bagi tempoh sama, penurunan sebanyak 3.5 peratus daripada purata kadar
tarif semasa.
Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 32 peratus
pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sebulan dan semua
pengguna dalam kategori lain seperti komersial dan industri.
Sumber: BH Online
Love,
Jannah
0 comments