KOpi dan personaliti
Setiap satu daripadanya terselit karakter berlainan dan mari kita kaji mana satukah antaranya ada kaitan dengan diri sendiri
Kajian yang dijalankan oleh ahli Psikologi dan Kesihatan Mental
terkenal Los Angeles, Dr Ramani Dursuvula terhadap 1,000 penggemar kopi
mendapati mereka yang gemar mengambil minuman ini mempunyai sikap dan
personaliti yang hampir serupa dengan jenis kopi sama.
Kopi jenis latte lebih ringan rasanya kerana dicampurkan dengan krim
atau susu. Bau kopi yang kurang pekat ini dikaitkan dengan individu yang
suka membantu orang lain walaupun situasi itu akan menyusahkan dirinya.
Kepada mereka yang sukakan kopi ‘tanpa kafein’ pula mempunyai
personaliti obses terhadap sesuatu yang digemari tidak kiralah jenama
atau idola.
Presso
Kajian mendapati bagi penggemar kopi jenis
espresso, mereka dipercayai memiliki karakter peramah dan cepat
menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Dipercayai, seorang penggemar
kopi jenis ini berpewatakan setia dan ia adalah istimewa kerana
personaliti itu sukar ditemui pada zaman sekarang.
Cappucino
Pengemar
kopi jenis capuccino biasanya dilihat sebagai seseorang individu yang
baik hati. Namun begitu, anda juga gemarkan semua benda dalam keadaan
sempurna, bak kata orang ‘perfectionist’ atau individu yang penting
kesempuranaan dalam semua hal. Karakter ini boleh membawa masalah jika
keadaan tidak seperti diharapkan.
Kopi ‘O’
Mungkin
kopi jenis ini boleh dikatakan minuman biasa ramai orang. Mudah
didapati di mana saja selain rasa yang kuat buatkan ada yang
menggilainya sejak pertama kali mencuba. Bagi anda yang sukakan kopi
‘O’, dikatakan jenis yang suka kekalkan semua situasi dalam keadaan
mudah. Selain itu, anda juga dipercayai penyabar, namun tidak suka
membuat perubahan baru. Ada juga pegemar kopi ‘O’ pendiam dan suka
bersendirian.
Frappuccino
Kepada mereka yang
suka minum minuman air kisar (ice blanded), anda dikatakan seorang
penetap fesyen (trendsetter) dan pastinya suka mencuba pelbagai benda
baru. Dari segi kehidupan sosial, anda dikenali ramai tapi kadangkala
suka bertindak melulu.
Kopi 3 dalam 1
Pengemar
kopi segera dikategorikan sebagai seseorang yang paling sempoi dan
terlalu bersahaja sehingga mengabaikan kerja. Ada pula sikap anda yang
kurang mahir dalam melaksanakan rancangan yang telah direncanakan.
Jadi, selepas meneliti kajian ini, mana satukah kategori anda?
0 comments