Bila bayi atau anak-anak terkena selsema, kita sebagai mak ayah memang rasa kesian sangat kat dorang, kan? Yelah, bila selsema, nak bernafas pun susah, rasa sangat tak selesa. Lebih-lebih lagi kalau pada waktu nak menjelang dinihari. Haaa, dia punya rasa hidung tersumbat tu, rasa sampai tak boleh nak bernafas! Seksa sangat.
Kita yang dewasa ok la jugak sebab pandai bernafas guna mulut, kalau bayi dan anak-anak kecik macam mana pulak tu? Tak reti bernafas guna mulut... hidung dah sumbat abes ni... camner nak bernafas dengan selesa? Haa, jawapan dia: menangis dan merengek laaa, apa lagi kan yang dapat dorang buat untuk melepaskan 'tekanan' tu!
Sebab tu laa kan, bila baby atau anak kecik kena selsema, mak ayah dah risau dulu dah. Sebab dah tau sangat dahhhh... biasanya mereka akan merengek dan menangis disebabkan rasa tak selesa tu. Lagi pun, zaman sekarang ni... anak-anak selsema pun kita dah risau lain macam. Yelah, musim virus dan macam-macam penyakit ni. Jadi, kita memang akan ikhtiar untuk bantu anak kita cepat sihat dari selsema dengan bawa mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor. Walaupun untuk bayi dan kanak-kanak di bawah peringkat umur tertentu, tidak digalakkan diberikan ubat selsema, namun dalam situasi tertentu dan dengan konsultasi daripada doktor, kita sebagai ibu bapa hanya perlu ikut sahaja.
Selain daripada itu, kita boleh gunakan cara alternatif untuk membantu meredakan selsema anak-anak dengan menggunakan CF-Rub Tasneem Naturel. InsyaAllah, dengan sapuan nipis CF-Rub pada bahagian dada, tulang belakang, betis dan tapak kaki bayi dan anak-anak yang terkena selsema, ia akan dapat membantu meredakan selsema.
Jika selsema tu dah sampai tahap yang agak 'teruk', ibu ayah jangan terkejut tau jika baby atau anak kita muntah sampai keluar lendir-lendir! Kita baca feedback daripada ibu pengguna balm CF-Rub ini.
''Alhamdulillah, selsema dah nak kering. Muntah sampai keluar lendir-lendir.'' |
Kita pun tahu kan, bila selsema sampai keluar lendir, itu bermakna dah teruk jugak selsema tu. Kesian anak kan. Menanggung rasa tak selesa dan tak sihat tu. Alhamdulillah, setelah ibunya menyapu balm CF-Rub beberapa kali, anaknya muntah dan keluar lendir-lendir bersama muntah itu. Semoga baby akan terus sihat, InsyaAllah.
Oh ya, untuk makluman ibu ayah semua, balm CF-Rub ni sesuai dan sangat digalakkan untuk di sapu di bahagian dada, belakang badan, tapak kaki dan betis bayi jika berada di tempat ber-aircond. Contohnya semasa menaiki kenderaan, pergi ke pasaraya atau tempat ber-aircond atau di rumah terutamanya semasa tidur pada waktu malam dan menggunakan aircond.
Balm CF-Rub dapat membantu memberikan keselesaan dan membantu mencegah rasa terlalu sejuk pada bayi yang boleh mengakibatkan selsema, demam dan ketidakselesaan untuk bernafas. Hanya sapuan nipis sahaja, dah cukup. Kita berikhtiar untuk menjaga kesihatan si comel kita dengan usapan sehangat usapan ibu dengan balm CF-Rub.
Bayi sihat, bayi ceria.
Ibu ayah bertambah-tambah ceria!
Tak gitu?
Tak gitu?
Jadi, jika ingin mencuba balm CF-Rub, anda boleh terus contact Jannah. Tekan Whatsapp LINK INI. Terima kasih!